::ahli jawatankuasa::

Saturday, March 26, 2011

::kesyahduan bila terkenang zaman sekolah::

asslamualaikum semuaaa...semoga hari ini memberikan anda semua keceriaan dan kebahagiaan yang anda semua inginkan..chewahh formal plak kali ni hahaha...okey2, entry kali ni cek nak kenang2 sikit kegembiraan cek masa zaman sekolah dulu..antara tahap persekolahan yg paling bagi kesan dalam hidup cek ialah masa form6..napa???..hmmm sebabnya time form6 ni la baru cek sedar betapa pentingnya belajar rajen2..time ni gak la cek kenal erti 'ulangkaji', 'study group', 'past year question' dan dah tak malu bertanya cikgu bila ada benda tak paham. sepanjang form6 ni la cek kenal erti brusaha sungguh-sungguh demi nak masuk 'U'...kadang2 cek macam heran napa la smapai form6 baru dapat kesedaran dlm diri..hmmm tapi apa yg cek sedar faktor utama time tu adalah 'KAWAN'...cek bersyukur sgt time tu ditemukan dengan kawan yg saling bagi semangat antara 1 sama lain..dan salah sorang kawan yg paling memahami cek dulu dan sekarang SHAREHAN..kami pernah berjaga study sampai lewat malam tak kira la kt stor sidai baju, mahupun surau..tapi kalau bab nak merapu pon kami pulun jugak,,kira seimbang la belajar dan berseronok hmmm..dan yg penting kami berdua berjaya masuk ke universiti yg kami idamkan walaupon bukan universiti yg sama hukhuk...tapi lepas masuk 'u' perangai malas @ penyegan cek ni kembali menjadi-jadi hukhuk...


last 4 years

yeay!!!!we are 23 now!!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

::CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG::

helloooo ebelibadyyy...entry kali ni kita share pasai tips-tips nak jadi pelajar cemerlang dari Dr Mohd Fadzilah Kamsah ya hahaha...insyallah kalau kita ikot tips ni kita akan mudah nak belajar dan ilmu yang kita dapat tu pastinya berkat...jom jommmm hahaha:

1. pelajar yg tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat

2.kita mudah lupa apa yg kita dengar, kita sekadar tahu apa yg kita lihat, dan kita akan paham apa yg kita amalkan@praktikkan

3.bila kita belajar dengan niat nak berkongsi ilmu @ mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan luar biasa.

4. setiap masalah berpunca dari diri kita sendiri, kita yg perlu selesaikannya.

5. jadikan setiap hari adalah hari yg terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

6. orang yg penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yg sayang kepdanya.

7. orang yg pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yg benci kepdanya.

8. sayang dan doakan kesejahteraan guru.

9. orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberi alasan.

10. maafkan semua orang sebelom tidur dan setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Thursday, March 10, 2011

::24 jam sehari !!!!!!::

adoiiiiiiiiiii doiii doii doi...hahahah tu style cek mengeluh...baru kena buat keja sikit dah mengeluh,apa nak jadi neh...bukan pa bulan ni cek rasa dah kritikal sangat dah..sampai kadang-kadang otak cek menjerit-jerit suruh cek stop berfikir hahaha..melampauuu..kalau pikir benda merapu ok plak otak cek nih..kerja datang bertimpa-timpa sampai tak boleh nak tolak..settle 1 datang 2 lagi keja hukhuk..bukan setakat keja-keja assingment ja,tambah plak dengan exam2 mid term dan kuiz..24 jam yang ada dalam 1 hari macam tak terasa ja..bangun pagi pi kelas pastu sedar-sedar ja dah pukul 12 tengah malam..maka tak da lah masa nak merapu.melepak, dan yang paling sedih tak sempat nak berjongging, errr kalau ada masa pon bukan nak jogging..dalam time kita dok sibok-sibok ni la ada plak adik-adik kat umah dok kalot nak call,mesej suruh buat yang tu yang ni,isi borang tu borang ni..depa ingat kak depa ni keja kat jabatan pendaftaran kot..tapi tak pa adik punya pasai cek buat ja apa depa suruh hukhuk...tapi kan bila cek renung-renung dan muhasabah balik ada positifnya jugak bila kita dok dalam situasi macam ni..kita akan jadi lebih penyabar dan kuat untuk menghadapi sebarang tekanan bila dah masuk alam pekerjaan nanti.yang penting sentiasa fokus..bak kata pepatah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian'..tak lupa jugak pesanan abah cek sejak dulu 'ngaji pulun-pulun,nanti beli keta besaq..abah dah sedia dah parking kat anak-anak depan umah' hakhakkk..

+
+

=
=