::ahli jawatankuasa::

Saturday, March 26, 2011

::kesyahduan bila terkenang zaman sekolah::

asslamualaikum semuaaa...semoga hari ini memberikan anda semua keceriaan dan kebahagiaan yang anda semua inginkan..chewahh formal plak kali ni hahaha...okey2, entry kali ni cek nak kenang2 sikit kegembiraan cek masa zaman sekolah dulu..antara tahap persekolahan yg paling bagi kesan dalam hidup cek ialah masa form6..napa???..hmmm sebabnya time form6 ni la baru cek sedar betapa pentingnya belajar rajen2..time ni gak la cek kenal erti 'ulangkaji', 'study group', 'past year question' dan dah tak malu bertanya cikgu bila ada benda tak paham. sepanjang form6 ni la cek kenal erti brusaha sungguh-sungguh demi nak masuk 'U'...kadang2 cek macam heran napa la smapai form6 baru dapat kesedaran dlm diri..hmmm tapi apa yg cek sedar faktor utama time tu adalah 'KAWAN'...cek bersyukur sgt time tu ditemukan dengan kawan yg saling bagi semangat antara 1 sama lain..dan salah sorang kawan yg paling memahami cek dulu dan sekarang SHAREHAN..kami pernah berjaga study sampai lewat malam tak kira la kt stor sidai baju, mahupun surau..tapi kalau bab nak merapu pon kami pulun jugak,,kira seimbang la belajar dan berseronok hmmm..dan yg penting kami berdua berjaya masuk ke universiti yg kami idamkan walaupon bukan universiti yg sama hukhuk...tapi lepas masuk 'u' perangai malas @ penyegan cek ni kembali menjadi-jadi hukhuk...


last 4 years

yeay!!!!we are 23 now!!!!!!

Tuesday, March 15, 2011

::CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG::

helloooo ebelibadyyy...entry kali ni kita share pasai tips-tips nak jadi pelajar cemerlang dari Dr Mohd Fadzilah Kamsah ya hahaha...insyallah kalau kita ikot tips ni kita akan mudah nak belajar dan ilmu yang kita dapat tu pastinya berkat...jom jommmm hahaha:

1. pelajar yg tidak berdisiplin semasa belajar besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat

2.kita mudah lupa apa yg kita dengar, kita sekadar tahu apa yg kita lihat, dan kita akan paham apa yg kita amalkan@praktikkan

3.bila kita belajar dengan niat nak berkongsi ilmu @ mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan luar biasa.

4. setiap masalah berpunca dari diri kita sendiri, kita yg perlu selesaikannya.

5. jadikan setiap hari adalah hari yg terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

6. orang yg penyayang akan dikelilingi oleh ramai orang yg sayang kepdanya.

7. orang yg pembenci akan dikelilingi oleh ramai orang yg benci kepdanya.

8. sayang dan doakan kesejahteraan guru.

9. orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberi alasan.

10. maafkan semua orang sebelom tidur dan setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda.

Thursday, March 10, 2011

::24 jam sehari !!!!!!::

adoiiiiiiiiiii doiii doii doi...hahahah tu style cek mengeluh...baru kena buat keja sikit dah mengeluh,apa nak jadi neh...bukan pa bulan ni cek rasa dah kritikal sangat dah..sampai kadang-kadang otak cek menjerit-jerit suruh cek stop berfikir hahaha..melampauuu..kalau pikir benda merapu ok plak otak cek nih..kerja datang bertimpa-timpa sampai tak boleh nak tolak..settle 1 datang 2 lagi keja hukhuk..bukan setakat keja-keja assingment ja,tambah plak dengan exam2 mid term dan kuiz..24 jam yang ada dalam 1 hari macam tak terasa ja..bangun pagi pi kelas pastu sedar-sedar ja dah pukul 12 tengah malam..maka tak da lah masa nak merapu.melepak, dan yang paling sedih tak sempat nak berjongging, errr kalau ada masa pon bukan nak jogging..dalam time kita dok sibok-sibok ni la ada plak adik-adik kat umah dok kalot nak call,mesej suruh buat yang tu yang ni,isi borang tu borang ni..depa ingat kak depa ni keja kat jabatan pendaftaran kot..tapi tak pa adik punya pasai cek buat ja apa depa suruh hukhuk...tapi kan bila cek renung-renung dan muhasabah balik ada positifnya jugak bila kita dok dalam situasi macam ni..kita akan jadi lebih penyabar dan kuat untuk menghadapi sebarang tekanan bila dah masuk alam pekerjaan nanti.yang penting sentiasa fokus..bak kata pepatah 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian'..tak lupa jugak pesanan abah cek sejak dulu 'ngaji pulun-pulun,nanti beli keta besaq..abah dah sedia dah parking kat anak-anak depan umah' hakhakkk..

+
+

=
=


Sunday, March 6, 2011

::bila sejarah keluarga terungkai::

hellooooo ebelibady!!!!!!...lamanya tak apdet blog..blog cek terpaksa dianaktirikan buat seketika hukhuk..ingatkan nak berblogging bila time cuti ja tapi cam lama lagi plak nak cuti kan..oleh itu cek pilih hari yang cukup bertuah ini utk apdet blog..actually kemarin cek ada 1 perjumpaan penting bersama family..ni bukan perjumpaan biasa sebab peristiwa ni mungkin cuma berlaku sekali ja dalam hidup kami sekeluarga..actually khamis lepas naluri hati cek yg luhur lagi murni kuat mendesak cek balik umah walaupon banyak asigment kena buat..rupa-rupanya bila cek balik cek dapat berita yang family tok wan (datuk) sebelah mak dari India nak datang melawat kami di Malaysia..apa???INDIA????? sebelom ni memang cek ingat tok wan cek India Malaysia rupanya dia memang dari India mai sini nak meniaga pada zaman dulu..alangkah terkajutnya cek masa tu..perasaan masa tu tak payah cita la tuhan ja yang tau betapa excitednya cek masa tu..tapi cek tak leh nak lawan tok (nenek) cek yang lagi excited sampai tak tido buat persediaan dan akhirnya sampai dia patah tangan jatuh tangga..yala tunggu lagi dia tak ketaq dulu masa dia kawen dengan tok wan cek semua family tok wan mana ada kat Malaysia...daripada suasana happening tak tau nak habaq terus jadi suasana kelam kabut bila tok kena masuk hospital..tapi walau apa pon cek rasa bersyukur sangat sebab diberi kesempatan berjumpa dengan sepupu dari India yang cek tak tau pon sebelom ni..paling best bila mak dan bapak sedara tak paham apa yang depa speaking..cek antara orang paling penting kali ni sebab kena jadi penterjemah bahasa..malangnya kami hanya sempat bersama cuma 1 hari sebab depa dah nak balik ke India...pandai sunggoh mak cek simpan rahsia sejarah tok wan noh hukhuk..tima kasih kepada arwh tok wan sebab dengan hadirnya tok wan ke Malaysia maka dapatlah saya merasa darah kacukan India hakhak...