::ahli jawatankuasa::

Wednesday, February 9, 2011

::berkawan baik dengan KAMUS::

hai haiiiiiii smuaaa!!!!..dah berapa hari tak apdet blog nih..punya la syok dok baca entry kat blog orang sampi blog sendiri pon tak ambik peduli hukhuk..silalah hukum saya sekarang saya bersedia terima dengan rela hati hukhuk..okey2 kali ni jom kita share pasai KAMUS..semua orang tau kan apa itu KAMUS..yang pasti bukan sejenis reptilia tau..selalu bila sebut ja kamus mesti pakat dok terbayang maksud perkataan BM ke BI..padahal kamus ni ada banyak lagi bahasa lain..

cek selalu dok mengeluh, awat laa dok balajaq BI dari sekolah rendah sampai unibersiti tapi tak fasih2 jugak padahal cek sendiri tau puncanya sebab cek tak praktikkan dalam percakapan,,,dan kalau cek mengeluh isu ni pada abah cek dia akan kata cam ni "laaa kamuih (kamus) dok ada awat tak guna??" "ada perkataan tak paham selak kamuih nanti paham laa, buat kamuih cam kawan"..dan dulu-dulu masa kecik kalau pi kedai buku mesti abah dok pesan lagu ni "jangan lupa beli kamuih, jangan dok beli menatang len" hukhuk..begitulah betapa pentingnya KAMUS pada pandangan abah cek..tapi malangnya cek langsung tak mewarisi sikap positif tu..

makin tinggi tahap pengajian kita makin tebal pulak kamus yang kita jumpa sampai tak gamak nak buka helaian yang ada..tapi dengan adanya teknologi canggih lagi terkini la ni kita dah tak payah susah nak usung kamus yang berat sampai 2 kilo sebab dah ada electronic dictionary hahha..kecik,ringan dan mudah dibawa kemana saja..taip ja perkataan yang kita nak dan ada banyak lagi bahasa bukan setakat BI..tapi bila cek balik umah cakap pasai kamus electronic ni kat abah cek kan baguih kalau dia kata cam ni "pizah beli la kamuih electronic senang skit nak guna time ngaji" ..tp dia tak kata pon cam tu hukhuk..tapi tak pa sebab kalau dalam laptop pon kita dah boleh install macam2 jenis kamus kan sekarang ni hehe..


::::::::
:::::::
::::::
:::::
::::
:::
::
:

Friday, February 4, 2011

::apa itu 'KAWAN'::

haiiiii semua!!!!okey2 entry kali agak emosional sikit..tak tau napa bila tengah malam cam ni leh bertukar plak mood..mari kita buang sebentar mood emo kita terhadap boypren@girlpren hehe dan cuba fikirkan adakah kita seorang kawan yang baik terhadap kawan-kawan kita yang lain???..persoalan ni la yg selalu cek dok pikiaq bila setiap kali cek ada problem dengan kawan2..cek sememangnya tidak boleh hidup tanpa kawan..tapi itu tidak bermakna cek akan hidup untuk mempergunakan kawan2 demi kepntingan diri semata-mata..APA ITU KAWAN??..pada pendapat saya KAWAN ialah: (ececehhh macam jawab soklan pemahaman Bahasa Melayu kat skolah dlu hikhik):
  • sajauh mana kawan kita pergi dan seramai mana kawan yang dia jumpa dlm dunia ni dia still akan ingat pada pada best friend dia
  • kawan yg sentiasa gembira melihat kebahagiaan kawannya sendiri
  • kawan yg akan menegur kawannya bila melakukan kesilapan(bukan menyokong noh)
  • kawan yg sanggup temankan kawannya yg terlepas bus sampai bus dia pon terlepas dan dia langsung tak kisah(ni la contoh terbaik salah sorang kawan cek)
  • kawan yg sentiasa memberi sokongan pada kawannya untuk berjaya( jgn sesekali perlekehkan kwn kita tau)
  • kawan yg bila kita sedih dia ada utk pegang bahu kita( ni kalau dok dekat bleh la pegang bahu)
dan cek rasa sangat bersyukur sebab semua ciri-ciri kawan di atas ada dalam hidup cek sedangkan cek sendiri belum mampu untuk untuk jadi seorang kawan yang terbaik..seorang lecturer pernah bgtau dalam kelas cek "kita mungkin anggap kawan kita sebagai best friend tapi bagi dia adakah kita ni dianggap best friend?mungkin sekadar kawan biasa2 ja"


"till death do us apart"

Thursday, February 3, 2011

::FRIENDSHIP VACATION LANGKAWI::

haluwwwwwww ebelibady!!! lamanya tak apdet blog nih..bukan pa 2,3 minggu nih cam buzy ja, buzy dengan apa??? op course la dengan kelas yang melambak pestu ada waktu rehat sikit ja guna untuk tidoq, merapu dan lain-lain aktiviti tak dak paedah hukhuk..okey2 untuk entry kali ni cek nak share pengalaman masa pi melancong dengan kawan2 kat Langkawi 28&29 Jan lepas..percutian kali ni memang dapat rasa 100% kepuasan sebab semuanya berjalan lancar dan kami dapat handle semua benda sendiri..dan kami berjaya menggunakan alasan sebagai student untuk mendapatkan kereta sewa dengan harga yang murah..dan hasilnya memang excelent dan murah gila..dan yang paling penting kami langsung tak sesat walaupon hanya bergantung pada peta semata-mata hukhuk..


saat memulakan perjalanan yg penuh excited..tiket feri dari Kuala Kedah RM23

lokasi pertama KOTA MAHSURI..sila bayar RM5.oo ya kalau nak masuk

ORIENTAL VILLAGE..masuk sini untuk naik cabel car

tengah beratur nak bali tiket cabel car ternampak pulak artis..terus keluar dari barisan p amek gambar dulu pastu sambung beratur balik ahakss

masa beli tiket cabel car sila tunjuk i/c ya leh dapat RM15 ja hukhuk

GAYAT!!!!!!!..tapi pemandangan kat sini memang marveloussss

PANTAI KOK..pelancong dari China dengan ramahnya mintak kami jadi model

punya syok makan angin sampai lupa lupa nak isi perut..malam baru sempat makan hukhuk


Island Hoping..memang best!!!..RM40 sorang..tp disebabkan kami nak jadi VIP xmau naik ramai2 kena la bayar RM60..

Tasik Dayang Bunting..singgah sat ja sebab kesuntukkan masa

Pulau Beras Basah..memang cantek!!!

jumpa penyambut tetamu dulu..


waaaa...tak mau balik!!!!

p/s: org Langkawi memang ramah2