::ahli jawatankuasa::

Thursday, January 20, 2011

::perubahan DEMI perubahan::

helloooo ebelibady!!!!!!..dah hampir seminggu blog ni tak di apdet sebab tak tau kenapa tiba-tiba tak boleh nak log in..so,tadi try log in guna brodband tengok-tengok buleh plak..jadi baru cek tau maybe wayarless kat sini cuba memblok cek dari log in dengan harapan cek akan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran hukhuk..tapi tak pa, cek ada satu lagi alternatif sebab cek ada brodband..actually minggu ni dah start jadi student sem 6..macam agak sibuk dari sem sebelom ni, nak masuk kelas pon semua lebih sharp daripada biasa, xsignment pon bukan main mencabar lagi, air-cond dalam kelas pon cam makin sejuk ja sem ni, dan ada macam-macam lagi perubahan yang UUM lancarkan pada sem ni untuk menghasilkan graduan yang bermutu tinggi...tapi tak pa yang penting cek bersedia terima semua ini sebagai satu cabaran hukhuk..dan yang lagi penting lecture sem ni semua best-best..so bila cek suka kat lecture maka secara otomatiknya cek akan minat dan bersemangat nak masuk kelas..GUD LUCK untuk diri sendiri hehe..


alamak!!! banyaknya xpaham, nak kena tanya lecture esok nih..hukhuk




Sunday, January 16, 2011

::BUFFERED EARNINGS PERTAMA::

wuhuuuuu...dalam dok syok-syok tidoq tadi tiba-tiba terjaga..bila nak sambung tidoq macam tak boleh..pastu hati memberontak suruh buka laptop..bila dah buka tiba-tiba teringin nak tengok earning dalam NUFFNANG..dan tiba-tiba lagi daripada 0.00 berubah kepada beberapa nilai..rupa-rupanya dah dapat befferd earnings yang pertama sepanjang blog ni wujud..cam tak pecaya pulak..hukhuk..walaupon tak banyak tapi lama-lama jadi banyak la kan hukhuk...tima kacih ya NUFFNANG..nanti bagi lagi tau..cek ambik ja kalau dah bagi, boleh la cek himpun untuk kegunaan masa depan huhu..

Saturday, January 15, 2011

::yeay!!!!!!!! semester 6!!!::


wuhuuuuu...ari ni dah mula melangkah ke semester baru..dan semestinya semester yang lebih mencabar daripada biasa..best jugak hari ni leh jumpa kawan-kawan lepas dah lama bercuti,macam-macam benda nak cerita..walaupon dalam hati masing-masing masih syahdu sebab berjauhan dengan family, cek pon rasa cam nak teriak ja nih sob sob.. dok terbayang lagi wajah mak abah mai hantar tadi,tak pa, tahan tahannnnn...hmmm yang bestnya sok pon cuti lagi sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah..boleh la rileks dulu kat sini ambik feel sebelom start kelas..dan semestinya semangat nak belajar tu akan lebih berkobar-kobar jikalau PTPTN dah masuk..hukhuk..bila duit nak masuk nih,,cek letih dah dok buat muka kesian nak mintak duit kat abah..baki sem lepas yang ada pon cukup-cukup ja nak beli topup dengan tambang balik umah raya cina nih..hukhuk..(tambang dari UUM ke rumah saya bernilai RM5.40)..sekian tima kacih


sebelum bilik dikemas


TADAAAAAA!!!!! selepas dikemas




Tuesday, January 11, 2011

::semangat semester baru::

wuhuuuu...hahah selepas bertahun tak apdet belog ni rasa cam suram ja hidup ni haha..tapi blog ni umoq dia baru sebulan..dalam tempoh seminggu blog ni macam dianaktirikan, dibuat seperti tidak wujud,tiada lagi balaian lewat malam, blogwalking pon sekali sekala ja..traffic pon dengan dengan bangganya turun menjunam dan tak mau naik-naik..jenoh cek dok paksa dia naik balik..sebenarnya minggu ni adalah minggu edisi kemurungan, kesedihan ,ketakutan, dan kecemasan..faktor penyebabnya ialah minggu ni lah minggu result keluar,minggu nak cari tempat untuk praktikal, dan yang paling syahdu ni minggu last cuti, lepas ni dah start sem baru dimana tiada lagi blogwalking di pagi buta mahupun lewat malam..


hmmmm tapi ari ni dah rasa cam bersemangat balik selepas mengalami kemurungan melampau beberapa hari lepas sebab result dah keluar, tempat praktikal pon dah dapat kira dalam dunia ni setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian hukhuk cam tak da kena mengena plak..hmmm tak pa la,semoga sem baru yang nak start minggu depan nih akan membawa sejuta keseronokan..ahaksss,SEKIAN TIMA KASIH


::kucing dijumpai di GOOGLE::

Tuesday, January 4, 2011

::jalan-jalan cari CUTI::



aiiiyakkkkk!!!!..baru buka kalendar akademik UUM untuk sesi 2011..fokus utama ialah nak chek tarikh-tarikh penting untuk cuti lama selain cuti di hari minggu..tarikh masuk untuk sem baru ni agak lewat sikit sebab penundaan tarikh final exam sem lepas kerana masalah banjir di Kedah..tapi yang menariknya sem baru ni adanya cuti akhir semester sampai 15 minggu..rasanya semua universiti dah sedia maklum..tahap kentang punya lama depa bagi cuti, cek suka hahaha.kalau yang rajen tu plak boleh la mencari kerja sementara cuti nanti kalau PTPTN masuk lambat dah tak heran sebab duit gaji ada..nasib bek time tu dah start praktikum..kalau tak mesti boleh berblogging puas-puas sampai kelabu mata..

Sunday, January 2, 2011

::jom naik BAS SEKOLAH::

wuhuuuuu..esok sekolah dah mula buka untuk sesi 2011..adik-adik dah ready ka nak pi sekolah nih????...kalau dulu-dulu hari pertama nak start sekolah ja mesti exited gila sampai tak tidoq malam sebab dah lama xjumpa kawan-kawan mesti banyak benda nak story kan, pastu exited nak tau sapa yang bakal jadi guru kelas kalau cikgu laki ensem ka tak, kalau cikgu perempuan garang ka tak..hari pertama masuk kelas mesti ada perhimpunan jenoh la dok berdiri sampai muka jadi kaler ungu..pastu mula la sesi pembahagian kelas dan adengan syahdu berpisah dengan geng yang tak dapat dok kelas sekali..dan seterusnya dapat jadual kelas..tempat duduk dalam kelas pon dah berubah kalau zaman aku dulu semua pakat dok berebut nak amek tempat duduk bawah kipas tak pon tepi tingkap..pastu bila cikgu kelas baru dah masuk mula pulak sesi melantik ahlijawatankuasa kelas macam ketua kelas n penolong,,bendahari ajk keceriaan dan kadang-kadang tu ada jugak ajk kebajikan hahahaha..okeyy bebalik pada tajuk entry kali ni adalah mangenai bas sekolah..kenapa bas bukan limosin???..sebab aku dulu-dulu memang penumpang tetap bas sekolah..encik ABAH tidak berkesempatan hantar anak-anaknya ke sekolah sebab kekangan kerja membanteras janayah..dari darjah 1 sampai la sekolah menengah then lepas tu tak naik bas dah sebab masuk asrama..ohh yeahhh!! sempena edisi khas back to school nih jom kita tengok bas sekolah yang pelik-pelik yang memang tak ada di Malaysia.. 


bas sekolah comel di Jepun..(telinga kat atas bas tu macam bas sekolah shin chan)



India school bus tricycle..bebudak tu still hepy walaupon bersesak dalam "BUS" mereka..janji semangat nak pi sekolah kan..



double scho0l bus @ upside down bus



convertible school bus..sambil naik bas boleh lambai-lambai tangan dengan penuh bergaya



shortcut high school bus..bas sekolah ni pernah masuk dalam Discovery Channel


*images come from GOOGLE*

Saturday, January 1, 2011

::AL-FATIHAH KEPADA FAIZAL YUSOP::


pelakon yang memegang watak Dani dalam Adamaya iaitu Faizal Yusop telah menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi akibat serangan jantung....Al-Fatihah untuk beliau semoga rohnya dicucuri rahmat....